Syarikat kami merupakan pengusaha bumiputera dalam bidang perternakan ikan keli,ketutu dan kelah(R&D).Kami mengalu-alukn pelawat untuk melihat kolam kami di Lot 170, Jalan 46, Bukit D, Kampung Cheras Baru, 56100 Kuala Lumpur.
Benih ikan keli dibuat secara aruhan bagi memenuhi permintaan penternak-penternak sekitar Lembah Kelang. Stok yang ada di kolam sekarang berjumlah 200,000 ekor beraiz lebih kurang 1 inci.
Benih ikan ketutu diperolehi secara tangkap liar (habitat asal).Stok sekarang ada di kolam lebih kurang 200 ekor bersaiz 1 hingga 5 inci.jumlah kapasiti ikan ketutu bergantung kepada permintaan semasa.
KEPADA PENTERNAK DAN BAKAL PENTERNAK KELI DAN KETUTU....KAMI ADA MENJUAL DAN MEMBEKALKAN BENIH IKAN KELI DENGAN HARGA BERPATUTAN...
Dalam industri akuakultur dinegara kita masih mengalami masalah kekurangan benih anak ikan. Negara terpaksa mengimport dari negara jiran seperti Thailand dan Indonesia. Tetapi masalah yang kita hadapi kini adalah benih yang diimport tidak memuaskan hati penternak contohnya di Thailand benih ikan seperti siakap telah 'ditawarkan' tidak seperti habitat asal iaitu air payau/masin bermakna jika penternak tempatan memasukan benih ini kedalam air masin ia akan mati selepas itu. Proses pembenihan tidak seimbang ini menyebabkan kerugian dikalangan penternak. Pernahkah anda memikirkannya? Sememangnya harga mereka lebih murah berbanding tempatan tetapi risiko anda serta modal anda tidak terbayar kerana ini. Walaupun harga benih ikan tidak tetap di Malaysia tetapi kualiti masih terjamin bagi menghasilkan ikan yang berkualiti.
Safida Agrotek merupakan sebuah syarikat bumiputera yang komited dalam perniagaan akuakultur. Dari suatu aktiviti yang dianggap hobi, kami menukarnya kepada perniagaan kerana kami tahu sektor ini amat memerlukan penglibatan yang serius bagi mengatasi masalah kekurangan benih anak ikan yang berkualiti. Perniagaan utama kami adalah membekal benih dan anak ikan keli dan ikan ketutu pelbagai saiz yang telah dibiakkan di kolam utama kami di Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur. Semua benih anak ikan kami makan pallet sahaja (kecuali ketutu) bagi menghasilkan ikan yang berkualiti dan terbaik untuk pasaran. Matlamat kami adalah untuk menjadikan penternakan sebagai aset utama negara sejajar dengan wawasan kerajaan menjadikan pertanian & penternakan hasil utama Malaysia. Disamping menjayakan wawasan & impian menjadikan “Pertanian Satu Perniagaan”
No comments:
Post a Comment